RSS

Saturday, July 24, 2010

camne korang bley kenal each other?

kenal each other??hmmm..pnjg cternye...tp kteorg knl since stndrd 3-4 cmtu la...tp knl btul2 wktu form2.... :) :)

ask us anything...di cni xdbnrkn gado2 oke...

Wednesday, July 21, 2010

video.... :)

huh...finally...we have done....
 kteorg berjaya siapkan iklan yg mxm.dy 2minutes...
he3....
ini video yg kami dpt sajikan....
pada kelas n MR.BART....



THNKS MR.BART...U R THE BEST....

dalam bus....

today...kteorg kne jalan kaki dr palm spring smpai pelangi damansara.....
huh....penat btul...selama beberapa bulan kteorg duk kt cni..inilah kali pertama kteorg kne jln kaki...
xbest btul...dh la ujan..pastu kne jln kaki lak...bru nk dkt pkul 8am..tp bus dh blah g pelangi...so terpaksa gak la jln kaki g sne...pasnie...nk siap awal..7.40am je dh ad kt bwh...hehehehe......nie ad gmbr kondo pelangi...mesti popular la pelangi damnsara nie...bersebelahan dgn mydin......... :) :) :)


Sunday, July 18, 2010

Food court yang selesa.





Lokasi: Food court The Gardens Mall.

Gambar di atas merupakan teori kemusnahan ABC atau dalam bahasa Melayu, 'Ais Batu Campur'.
Bukan nak cakap pasal ABC dalam gambar tu, tapi pasal tempat kami lepak makan ABC ni. Food court The Gardens Mall... Inilah satu-satunya food court yang paling kemas, selesa, bersih dan tenang yang pernah aku pergi....

Mat rempit jadi chef.



Lokasi: Kedai roti La Boheme, Mid Valley, KL.

Setiap kali sampai Mid, kedai inilah lokasi pertama kami. La Boheme. Bermacam-macam jenis roti dan kek yang ada di kedai ini. Harga pun murah. Sebagai seorang penggemar roti-rotian, aku boleh jamin roti-roti dan kek di kedai ni memang sedap. Tapi semalam aku terkejut dan terasa geli perut pun ada bila terpandang gambar di atas... Dari tanggapan karut marut aku, chef yang reka kek ni dulu seorang mat rempit... Sesiapa yang dah tengok cerita Remp-it, diorang akan faham apa yang aku cuba sampaikan... Hahaha... Dan kepada yang berminat nak mencuba Kek Macha ni, bolehlah ke kedai roti La Boheme di Mid Valley KL... Gambar kedua tu adalah salah satu doughnut sedap yang dah jadi santapan aku.

Bandar bercahaya.









Lokasi: i-city Shah Alam.

Tempat yang indah. Hutan yang bercahaya. Cengkerik, merak, bangau dan belalang gergasi pun ada. Panda jinak juga berkeliaran. Tapi sayang. Semua tu hanya patung. Seriously, this place is really wonderful. Macam lagu Coldplay. Life in technicolor... Ada juga disediakan skrin besar. Untuk kaki bola, dekat sini boleh tengok perlawanan langsung... Student UiTM Shah Alam sangat-sangatlah tahu kewujudan tempat ni...

Monday, July 5, 2010

Mike Tyson insaf.




RIYADH: Bekas juara tinju Mike Tyson yang memeluk Islam ketika berada di penjara sekitar 1990-an dilaporkan menziarahi kota suci Makkah dan Madinah untuk ibadat umrah.
Tyson yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan ibadah itu.
Beliau dijangka menziarah Makkah selepas melawat bandar suci Madinah dan bercadang melawat beberapa bandar Saudi lain.

Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas petinju yang pernah menggigit telinga lawannya dan dipenjara atas kesalahan merogol seorang pragawati mengakui dia amat takut kepada Allah. “Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Barang tak berbayar???



Lokasi tempat ni di FOOD COURT SOGO KL. Anis masuk ke dalam toilet dan aku tunggu di luar. Sedang aku menyandar di dinding berdekatan, tiba-tiba aku terpandang satu notice yang pelik. Memikirkan logiknya, aku jadi tak faham. Boleh siapa-siapa tolong explain dekat aku dengan jelas tak apa yang cuba disampaikan pihak pengurusan di dalam notice ni???

Friday, July 2, 2010

Jangan Kencing Bersepah!!!


Siapa pernah nampak signboard ni?? Aku rasa tak ramai yang pernah tengok signboard macam ni. Gambar ni aku tangkap semasa sedang menunggu bas untuk pulang ke kampung... Lokasinya di Hentian Puduraya(sekarang ia dipindahkan sementara waktu ke Bukit Jalil.), boarding platform sebelah bawah... Aku pun tak tahu apa motif sebenar signboard ni... Mungkin terlalu ramai manusia-manusia yang tak berduit untuk ke tandas awam melepaskan hajat kecil di situ sampai terpaksa letak signboard... Tapi adakah relevan tindakan meletakkan signboard seperti ini dikawasan awam yang penuh sesak seperti di sekitar kawasan Puduraya tersebut?? Sama-samalah kita fikirkan.......

Thursday, July 1, 2010

Ulangtahun Perkenalan Kami Yang ke-5.....

Assalamualaikum.....

Pejam celik, dah lima tahun kami mengenali antara satu sama lain.... Alhamdulillah.... Macam-macam dugaan dan kenangan pahit manis kami dah lalui bersama. Tapi semua tu mengajar kami menjadi lebih matang... Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memanjangkan jodoh kami... Semoga hubungan kami ni terus diberkati.... Tak lupa juga kaum keluarga yang banyak berkorban untuk kami... Jasa mereka tidak ternilai... Rakan-rakan yang budiman, sokongan anda amat dihargai dan diharapkan dapat terus menyokong kami....

RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA.....!!!!

Hadis riwayat Anas Bin Malik RA:

Nabi SAW bersabda: Tidak disebut beriman seorang hamba(disebut di dalam hadis Abdul Warits sebagai seorang lelaki.) sebelum aku lebih mencintainya daripada keluarganya, hartanya dan semua orang.
Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad, Ad Darami.

Hantu Main Webcam???

Gambar ni aku snap masa tengah webcam dengan Anis. Aku sendiri tak dapat nak pastikan apa benda sebenarnya objek di belakang tu... Bagi kita orang Islam, tak boleh terlalu 'taksub' sehingga 'memuja' dengan benda-benda macam ni. Takut jatuh hukum syirik dan khurut apabila terlalu 'mengagongkan' dan 'mengagumi' selain daripada kekuasaan Allah S.W.T... Tapi kita juga tak boleh menolak secara terang-terangan kerana kita 'wajib' mempercayai perkara-perkara ghaib. Jadi tak perlulah kita terlalu gentar dan gusar dengan makhluk ciptaan Allah ini... Mereka juga sama seperti kita cuma berada di alam yang berbeza. Walaubagaimanapun, kita manusia telah dicipta sebaik-baik kejadian dan lebih baik daripada makhluk lain termasuk yang berada di dalam gambar di atas...
Powered by Blogger.